Wednesday, December 20, 2006

Aku Rasa Bersalah




Seminggu ni, banyak rasa bersalah datang di dalam hatiku. Kes Pertama aku tengah sibuk buat kerja tiba-tiba muncul seorang wanita mencari setiausaha bos aku. "kak boleh saya jumpa Puan Ziera". Aku jawab "Cik Ziera ke"? tanyaku. Dia angguk. Aku kata bilik dia di dalam sana dengan muka serius. Itulah perangai aku bila banyak kerja aku terlupa beramah mesra. Rupa-rupanya budak perempuan tu staff baru dekat pejabat aku. Ya Rabbi apalah tanggapan staff baru tu dekat aku. Agaknya mesti dia kata sombongnyalah akak ni dahlah muka pecah rumah perangai pun buruk agaknyalah he..he... kalau dia tak kata apa2 Allhamdullilah.

Kes ke 2 pagi tadi hujan aku singgah dekat bank dulu nak keluarkan duit dulu biasalah dah tengah2 bulan ni korek sana korek sini nak pakai credircard mana mampu beb gaji ciputtt.. tapi ALlhamdullilah cukuplah untuk aku sekeluarga he...he... belajar-belajar lah bersyukur paradoks oiii... Nak di jadikan cerita masa aku lalu dekat situ tiba2 terserempak dengan member sembang2 punya sembang aku lalu terpijak lantai yang baru dicuci oleh kakak pencuci dekat area bank tu. "Alahai baru jer mop dah kotor balik" rungut kakak tu rupa-rupanya tapak kasut kita orang dah mengotorkan lantai dia baru mop maklumlah hujan-hujan ni kasut cepat ajer kotor. " Minta maaf kak" ucap kawanku. Aku pulak muka blurr ajer tak kata apa-apa. Bila dah turun tangga rasa bersalah pulak kenapalah aku pun tak minta maaf sekali. Entahlah seminggu dua ni aku agak cuai dan tidak peka dengan perasaan orang sekeliling. jauh disudut hati aku memang ingin memohon maaf pada kakak pencuci tu tapi cuma tak terucap aje apa2 pun kak minta maaf bebanyak he..he... macamlah kakak tu dengar.

Sekarang ni fikiran aku bercelaru sikit... itu yang kadang-kadang tidakan tak selaras dengan pemikiran. Tanpa ketenangan hidup tak secerah mentari itulah realitinya. Ya Allah ampunkanlah dosa-dosa hambamu ini semoga di beri ketenangan dan kekuatan di dalam menghadapai apa-apa juga dugaan dalam kehidupan. AKan ku cari damai Abadi. he..he...siap keluar sajak Pak Lah tu...:).

musafir gering di bumi bertuah

Tuesday, December 19, 2006

Rindu bangat sih..;)




Kuntuman Rindu semekar mawar merah untuk Bonda dan Ayahda Tercinta.
Aku ada kerana kau pun ada...LOVE U FOREVER AND EVER....
uiyooo...tak caya..tak caya..sungguh tak caya paradoks speaking london..:))



Hujan nak bangun liat juga, subuh gajah kalau mak gue ada confirm kena leteran marathon tanpa henti oleh bonda tercinta. "Mak oh...mak rindu dengan leteran mak, dah lama angah tak dengar irama pop rock yang paling best penuh pengertian penuh pengajaran dan kasih sayang dendangan bonda tercinta. Abah cool he...he... Abah oh Abah mak oo..mak.... I Love You So Much tanpamu siapalah aku melarik impian di bumi ini. He..he...terima kasih mak lahirkan saya dibumi kalau dilahirkan dekat planet Marikh ke Mustayri ke...cam manalah keadaan kita mak ya...:). He..he... apa yang kau merapu ni Paradoksss oiiii..... hark..hark...

Hari ni aku tak tahulah kepala otak aku gian nak berbicara jari pula rajin nak menari-nari dan macam-macam rentak irama keluar dari keyboard pc aku ni he..he.... tapi aku taklah sehebat Acis, Ramli Ms, Adnan Abu Hassan main Keyboaard, irama dan muzik kami berbeza bah....eke..eke... Muzik aku hanya kata-kata untaian jiwa fikiran sendiri...


"Wokey masa dah time kerja...kerja....dah lah Paradoks gie buat kerja kalau mak tahu kau asyik ngantuk malas tahap tapir ngantuk confirm.... kena Wachhaa....dengan mak ko kan....eke..eke.... ". Pesanan ini di taja Oleh Minyak Cap Kapak...uwahhh4000x

Ohh... Bondaku dan Ayahdaku miss u so much..:)
Anakda yang jauh dimata dekat dihati

Hari Jiwa jiwa Sebenua eke..eke....



Aku Ingin Kemari Mencari Damai
Di Temani Desiran Ombak
Ajaib Ciptaan Ilahi
Bertemu Keindahanya
Jiwa Di Resapi Ketenangan
Terima Kasih Kerana Aku Ada Kerana Kau Pun Ada
Tanpamu Siapalah Aku



Letih penat terasa banyak tanggungjawab yang aku perlu selesaikan dah penat-penat apa kata kita layan jiwang kejap he.he... hari jiwa jiwa sebenua...hantammm sajalah paradoks hark..hark....

Banyak-banyak kumpulan Indonesia aku paling suka Radja.. sebab lirik lagu dia yang sempoi dan Vocal penyanyi dia yang mantap sebutan dia satu-satu so senanglah aku faham lirik dia... kalau tension-tension layan lagu radja yang slow-slow tu tersa releks sikit...

so sama-samalah kita menghayati lirik lagu ini he..he.....


Aku ada kerana kau ada

Cinta adalah anugerah yang kuasa
Yang bila terasa betapa indahnya
Sungguh lemah diraiku
Tak bererti hidupku
Bila tak ada dirimu..

Andai kubisa akan kubalas
Semua yang pernah engkau berikan
Terima kasih dariku
Atas ketulusanmu
Menyayangi diriku

Aku ada karena kau pun ada
Dengan cinta kau buat diriku hidup selamanya

Tuesday, December 12, 2006

Aku Yang Keletihan




Kalaulah aku dapat kemari menikmati secangkir kopi bersama insan-insan ku sayangi berkongsi ketenangan menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi.

Aku terkejar-kejar ke sana kemari keletihan merantai diri. Uwah300x mendalam sungguh maknanya tu hark..hark... macamlah letih bebenor Paradoks oiii!!..
He..he... ini cuma luahan diketika diri dirantai kepenatan fikiran bergelut kesulitan mencari jawapan hidup ada kala penuh pertikaian mencari jawapan yang tak pasti. Kalau Amy Mastura confirm bahagia Jawapan Kasih tu beb...

Hidup kalau tak der COBAAN dan DUGAAN buka kehidupan namanya Parad. "Amboi-amboi cakap memang pandai teori kehidupan memang banyak sebutannya memang hebat-hebat hark..hark..". Praktikal memang agak susah untuk melakasanakannya nama pun praktikal standardlah kesusahannya.

Hari ni, hari memenatkan aku cuti tiga hari macam-macam kerja aku kena buat 2 hari jadi baby sitter, satu hari jadi pembantu rumah sepenuh masa bukan from Indonesia Bu, From Malaysia hark..hark.... Ini bukan runugutan tapi luahan... aku senang melakukannya sih...!!! cuma hari ini aku penat bangat....

he..he... luahan yang tak pernah terhenti...

Friday, December 08, 2006

Aku mahu secangkir kopi




Pagi.. perut dah berbunyi bayangan secangkir kopi mengintai-ngintai hakikatnya perut perlu di isi... Kita Minum dulu Hark..Hark.... aku nak makan..:)

Thursday, December 07, 2006

Rindu Di Hujung Belantara



Belantara yang gelap
malap di liputi kehijauan
pekat gelita di uliti malam
di celah awam nun di sana ada bulan

Siapa kata bulan enggan menjenguk belantara
Belantara gelita bulan mengintai dan tersenyum
merenungi belantara suram dilindungi kehijauan
Biarpun belantara tebal menyembunyi isi perutnya
Namun bulan mengerti belantara tetap merinduinya

Sampai masa matahari kemari jua mengusir bulan
bulan berundur perlahan memberi laluan pada sang mentari
bulan dan bintang mengerti akan kerinduan sang belantara
walaupun tiada ucapan syahdu lirikan panahan rindu dari belantara
Namun pengertian hukum alam belantara mahatari dan bulan ada kerinduannya
Ibarat aku dia dan kamu..kamu... biarpun ada masanya sepi tanpa bicara namun
Percayalah kerinduan kasih sayang persahabatan ini tetap terpatri di hatiku untuk SELAMANYA...


Musafir di Bumi Bertuah
Aku masih di sini
di bumi yang sama.

Wednesday, December 06, 2006

Apa itu sibuk...?




Serikan Hidup umpama kutuman segar mawar merah di bajai dengan keimanan dan kasih sayang...


Sibuk dan sibuk...bz bangat sih..hujung-hujung tahun ni banyak kerja yang gue perlu selesaikan...

PARADOKS..hidup kena Istiqamah
PARADOKS.. Lu jangan lupa Beb.. Rezeki takkan datang kalau tak dicari
PARADOKS... Apa-apa pun dugaan dan cabaran lu kena cool...
jangan cepat melatah..

Pesanan ini di taja oleh HOTLINK he..he... pasti berjaya di AKademi Kehidupan...