Tuesday, November 20, 2007

I ThiNk I LoVeYoU

Salam Buat Paradoks he..he... mana menghilang rindu rasanya. Luahan untuk diri sendiri ada waktunya kita perlu meluahkan perasaan kita sendiri pada diri sendiri hark...harkk.... apa aku merepek ni. Hanmmmtammm sajalah Labu.

Rasanya dah lama aku tak memblogkan diri jadual kehidupan dah berubah namun aku masih seperti yang dulu Paradoks tetap paradoks janji rock he..he...


Thursday, June 21, 2007

Bila Hati Menguntum Rasa


Aku manusia yang dulu sentiasa menidakkan perasaan mengawal segalanya namun aku manusia biasa tidak terkawal juga akhirnya di amuk resah dan kerinduan Fitrah berdua lebih baik. Ada masa tersenyum manis ada masa tersenyum kelat itulah rencah kehidupan berbagai perisa mencorak bahagia.

Hmmm.. aku terjebak jua dikancah kerinduan, cemburu ada kala mengintai dihati. Tersenyum sendiri aku akhirnya sejak bila aku mula menjadi insan jiwang. Apa-apa pun aku sentiasa berdoa pada Ilahi agar Allah merahmati hidup kita dunia akhirat bersama selamanya dunia Akhirat InsyaALLAH.

PASTIKAN.... he..he... jiwang lagi minah ni


Lihatlah Langit Di Atas Sana
Tersenyum Melihat Tingkah Kita
Selalu Ada PeristiwaYang Membawa Pertengkaran
Maksudku Hanya Ingin Yang Baik
Untuk Kita Berdua Dalam Bercinta
Baiknya Aku Buruknya Aku
Terimalah Aku Apa Adanya

Pastikan Kau Dengan Aku
Jangan Ada Cinta Lain
Tak Pernah Aku Terlintas
Niat Ku Untuk Berpaling
Maafkanlah Aku Sayang
Bila Belum Kau Bahagia
Sejauh Langit Di Atas
Kan Ku Kejar Bahagiamu
Biar Langit Dan Bumi Meruntuh
Biar Jasad Kita Tertimbun Di Sana
Tetap Bersama, Tak Ingin Lepas
Mencintaimu Ku Jadi Begini

Wednesday, March 14, 2007

BUKAN KELUHAN CUMA LUAHAN




Kepenatan keletihan itu yang aku rasa beb hidup banyak rencahnya Ibarat tomyam campur ada daging, sotong, udang, ayam pokoknya macam-macam ada.....

Ini bukan keluhan tetapi...cuma luahan manusia bergelar insan seperti aku he..he... lama juga rasanya aku tak menjengah blog aku dan blog kawan-kawan aku tak pernah lupa kalian... cuma masa memisahkan kita namun hatiku tetap mengingatimu duhai sahabat-sahabatku waduhhhh ayattt..jiwang bangattt sih... hark..hark...

Hari ni aku ada layan dua lagu jiwa-jiwa tahap dewa-dewa saja2 jer kepala tengah serabut ni layan lagu ok juga... lagu-lagu juga paradoks Ngaji jangan lupa beb. "Pesanan ini di taja Oleh Diri sendiri". Semalam makan pengat sendiri mahu ingat uwahhh...uwahhh....

TIGA MALAM TANPA BINTANG

Kasih.. maafkan diriku..
Banyak dosaku padamu,
Tidak terhitung jari jemari daku..
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu..
Sukarnya diriku menebus kesilapan yang lalu..
Kasih.. engkau tak bersalah,
Hanya hatiku yang buta..
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga..
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa..
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya..

Tiga malam.. tanpa bintang..
Dan diriku dihimpit penyesalan..
Arah hujung kian padam..
Kerna hilangnya..
Bagaikan siang diselubung gerhana..
Kembalikan senda tawa..
Pulangkanlah manis di senyum manja..
Ku pahatkan keinsafan..
Dan patrikan kesetiaan..
Sehingga tarikh menafikan nyawa..


FIQ ~ Juara Mentor 2

MAHAKARYA CINTA

Begitu berat melangkah…
melihat kau bersamanya
adakah aku yg salah
atau hanya helah saja
ku masih mencintai diri kamu
bila kau menjauh
ku rindu
kau bagaikan udara
yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia
tanpamu ku lemah
pasti aku tak berdaya
kerna kau maha karya cinta …
biarpun kau tidak mahu
menerima kasih daku
ku kan setia bersama mu
sehingga ke akhir waktu
ku masih menyayangi diri kamu
bila kau berlalu
ku rindu ..
kau bagaikan udara
yang membantu aku untuk terus hidup diatas dunia
tanpamu ku lemah
pasti aku tak berdaya
kerna kau maha karya cinta
kau takkan dapat aku lupakan
kerna kau lah punca cinta kita
mengajar aku erti bahagia
kembalilah ..
terimalah pesan daku
yang akan terus menunggu

FAIZAL ~ OIAM

Wednesday, January 31, 2007

Terkenang Semasa dulu

Masa semakin pantas bergerak aku masih manusia yang sama he… he… takkan lah aku nak berubah pulak ek.. nak jadi space cop gaban.. wakesa..wakesa gabande..ye ke lirik lagu dia camtu hantammmm…sajalah labu…

Gabannnn… itu memang cerita fovourite aku masa kecik tak pernah mis.. bila tengok gaban aku pun nak jadi gaban.. bila tengok satria baja hitam..aku nak jadi satrialah pulak…. Ultraman jangan cakaplah baju ada sayap kat belakang tu 3 helai mabuk nak jadi ultraman hari-hari pakai t-shirt ultraman. Zaman kana-kanak memang indah semua main redah hidup mana ada peraturan masa tu. Kalau tak puas hati aku nangiss kuat-kuat guling-guling kat lantai mak aku mana tahan telinga layannnnn…. belilah apa yang aku nak. Ishhh.ishhh… anak sapa tu…buruknya perangai itu zaman dulu beb..sekarang ok…kira oraittt ler… tak caya Tanya mak aku. “jangan mare masuk lif tekan sendiri beb..”

Wednesday, January 24, 2007

Melankolik lah pulak cool beb



"Assalamualaikum.. Sweetheart..",
Eke..eke...pagi-pagi dah merapu dah buat iklanlah pulak. Bzy...Bzy...sibuk...sibuk...makna sama ajer... nak menunjukkan sibuk benor ulanglah ayat yang sama hark..hark...anak siapalah ni.... Anak siapa lagi anak Pak ABulah lagi mau tanya...ka....

Tahun Baru Hijrah ni, kehidupan aku penuh warna warni ada menarik ada menolak segalanya harus diterima itulah rencah kehidupan...ada manis ada pahit...;). Apa-apa still cool beb apa yang datang itu semua Cobaan..he..he...

Kerja opis melambak-lambak nak jenguk blog pun tak sempat terima kasih pada kak dewi yang sudi ke teratak parad..;) dan teman-teman yang lain yang sudi menyinggah.

Pagi-pagi aku dah rasa penat mata dah mengantuk..tak produlktif langsung, standardlah tu kalau perasaan penat jiwa lenguhhh... habis semua sakit jadinya. "Hai manusia Bangkitlah jangan biarkan hidup anda dibelenggu melankolik yang tak berkesudahan life goes on bebeh..pherggg speakinglah pulak... pandai nyerrr....

Apa-apa pun kehidupan satu kehidupan yang harus dijalani dan hadapi tanpa rasa jemu dan putus asa setiap apa jua yang datang pasti ada hikmahnya... Rahsia kehidupan hari ini dan esok masih dalam rahsia Ilahi...

Salam tahun baru hijrah buat semua sahabat-sahabatku...

salam ukhuwah di tahun baru

Monday, January 15, 2007







Wajah-wajah keresahan
menanti sebuah jawapan
wajah-wajah polos
menghiasi debaran

Ahhh... tak kala jiwa dilanda gelora....

Hmmm.... tak kala jiwa di mamah resah...

Itulah hakikat terpamer riak wajah tak mungkin menipu ada waktunya
Resah tak mampu disembunyikan kepiluan terpancar di wajah polos.


Ya Allah
Sabarkanlah hati
Tenangkan kegelisahan
jiwa meronta menjerit sakit
di dalam rontaan di lubuk hati

Ya Allah
Aku mencari sinarmu
agar ada penawar menyimbah
menyirami jiwa-jiwa yang kontang
ketandusan ketenangan dan keceriaan

Ya Allah
Ampuni aku andai aku leka
maafkan aku merungut di atas ujian
Aku manusia kerdil di hampiri kegusaran
kadangkalau aku hilang pertimbangan
kewarasan sering terganggu ada ketikanya.

Ya Allah
Ku mohon keampunan
Lindungilah Aku ku mohon hidayahmu
Ku mohon kekuatan jiwa agar hidup ini
sentiasa di dalam limpah rahmatmu

Friday, January 12, 2007



Wahai jiwa-jiwa yang gering
usah putus asa andai gelora melanda
ini semua dugaan..;)
setiap dugaan pasti ada hikmahnya

cool bebeh...:)