Berjalanlah di bumi Allah dengan hati yang Tenang. carilah Erti Kehidupan Dengan Iman Dan Taqwa. Ingat Tu Parad jangan lalai jangan leka
Monday, November 27, 2006
Resah
Resah
ada jiwa-jiwa bergelandangan
menahan rasa gelora di jiwa
menanti sebuah jawapan
Resah
sesuatu menyesak jiwa
terhenti langkah-langkah bahagia
ahhh....resahh..
terlontar keluhan berat
bila resah
Resah
ingin diusir
namun kemari jua
tanpa diundang
menyelinap di segenap perasaan
Resah
satu anugerah jua
agar insan mengingatinya
tiada pengubat resah yang mujarab
melainkan meletakkan titik keresahan
kembali kepada yang hakiki
hanya yang esa dapat meredakan
segala keresahan yang bertandang.
Resah
akan ku hapuskan
dengan zikrullah memujimu
mengingatimu mengembalikan aku
ke dasar ketenangan melontar jauh keresahan
yang sering mengiringi insan bernama manusia
Ya ALLAH Ya ALLAH Ya ALLAH
dengan kalimah namamu yang teragung
aku mohon ketenangan dan kebahagian
jauhilah aku dari keresahan
pasakkan jiwaku dengan anugerah kebahagian
hanya mencintai mengingati mengasihi mu
kau yang satu cinta terangung dunia akhiratku
musafir di bumi bertuah
Thursday, November 23, 2006
Berbicaralah wahai hati
ngantuk! mana taknya nasi lemak sepinggan memang tak produktif hari ni hark..hark... kerja boleh tahan banyaknya. Nak menghilangkan ngantuk aku dok layang lagu 50an 70an 80 an dan seterusnya macam-macam ada. Last-last aku tersangkut lama dekat lagu-lagu korea yang aku tak faham maknanya. He..he...tapi rasanya liriknya mungkin lagu cinta kot. Lagu-lagu yang aku dengar dari drama "my Girl, winter sonata, alamak lagi satu tu alamak lupa lak tajuk dia... dah tetua ni mudah benor lupa ...
Rindu
datang lagi
menari-nari
mengikut rentak
tak sekata tariannya
salamz rindu
musafir di bumi bertuah
Wednesday, November 22, 2006
Warkah buat yang tak mengerti
2 hari ni aku terusik dengan kisah seorang sahabat kesayanganku hmmm memang ini semua dugaan dan cabaran. Namun hati wanita memang mudah terasa aku jua terasa kesedihannya bagi orang yang merasai pasti terasa keperitannya.
Jangan
Jangan
Lukai hatinya’
Dia cukup baik
Jangan
Sakiti hatinya
Hatinya lembut
Jangan
Berjanji andai tak pasti
Kelak merosak perasaan
Jangan
Terlalu petah berbicara
Selagi tak bertentang mata
Kerana kelak merantai sekeping hati
Jangan
Menilai melalui mata
Nilailah melalui mata hati
Ada kalau pandangan mata menipu
Pandangan hati lebih ketelusannya
Tuesday, November 21, 2006
Hari Melawat blog orang he..he...
Hmmm... kagum bangat sih... aku tengok blog kawan-kawan aku macam-macam ada. Hari ni aku berkampung dekat blog pezul macam-macam ada blog aku cengginilah yang ada coretan perjalanan hidup aku. He..He.. teringin jugak nak letak gambar-gambar..:). Teringin juga nak letak URL teman-teman di sini tapi aku tak pandai..:(
Hmmm aku Bab It ni memang tak pandai... baru nak belajar-belajar blog bukan main banyak aku bukak tapi isinya tak ada.:). Apa nak jadi parad wehhh..:).
Hmmm aku Bab It ni memang tak pandai... baru nak belajar-belajar blog bukan main banyak aku bukak tapi isinya tak ada.:). Apa nak jadi parad wehhh..:).
Monday, November 20, 2006
Bengkel Karnadya
18 Septmber 2006
Boleh masuk hari ini dalam sejarah kali pertama aku menyertai bengkel penulisan. Terima kasih pada Kak Aina dan Karnadya kerana menganjurkan Bengkel ini secara percuma siap bagi makan tu terima kasih banyak-banyak pihak penganjur terharu bangat sih.
Banyak perkara baru yang aku pelajari di sana. Diskusi Tatabahasa bersama Dr. Rahim Aman. Banyak menyedarkan aku betapa tunggang langgangnya tatabahasa aku patutlah Bahasa Melayu aku fail zaman dedulu eke...eke... anak siapa tu? Sampai mak aku kata "Engko Ngah dekay rumah cakap urdhu ke...". Nasib baik Julai Paper cukup makan kalau tak malu jadi orang Melayu beb....
Seronok memang tak terkata dapat bertemu dengan penulis sehebat Kak Aina. Penulisan Kreatif bersama Aina Emir (meliputi format menulis manuskrip, gaya pemikiran kontemporari, dan juga hands-on learning) memang membuatkan aku berkobar-kobar nak menulis. Tetapi tu lah di saat berkobar-kobar... (lagu Yasin tu..hark..hark...) komputer aku pulak rosak "COBAAN"....Apa-apa pun jutaan terima kasih pada Kak Aina dan Karnadya.
Subscribe to:
Posts (Atom)