Monday, November 20, 2006

Bengkel Karnadya



18 Septmber 2006

Boleh masuk hari ini dalam sejarah kali pertama aku menyertai bengkel penulisan. Terima kasih pada Kak Aina dan Karnadya kerana menganjurkan Bengkel ini secara percuma siap bagi makan tu terima kasih banyak-banyak pihak penganjur terharu bangat sih.

Banyak perkara baru yang aku pelajari di sana. Diskusi Tatabahasa bersama Dr. Rahim Aman. Banyak menyedarkan aku betapa tunggang langgangnya tatabahasa aku patutlah Bahasa Melayu aku fail zaman dedulu eke...eke... anak siapa tu? Sampai mak aku kata "Engko Ngah dekay rumah cakap urdhu ke...". Nasib baik Julai Paper cukup makan kalau tak malu jadi orang Melayu beb....

Seronok memang tak terkata dapat bertemu dengan penulis sehebat Kak Aina. Penulisan Kreatif bersama Aina Emir (meliputi format menulis manuskrip, gaya pemikiran kontemporari, dan juga hands-on learning) memang membuatkan aku berkobar-kobar nak menulis. Tetapi tu lah di saat berkobar-kobar... (lagu Yasin tu..hark..hark...) komputer aku pulak rosak "COBAAN"....Apa-apa pun jutaan terima kasih pada Kak Aina dan Karnadya.

No comments: