Wednesday, July 22, 2009

Sepohon Kayu

Pagi tadi masa aku dalam kereta nak pie kerja mata masa tu ala-ala ngantuk gak lagi. Biasalah bila hari hujan mata pun ngantuklah sayang hark..hark..hark...skrip itu di olah dari iklan mee maggie suatu ketika dulu...masih ingatkan anda...;)

Tiba-tiba aku terdengar lagu ni...sepohon kayu tiba-tiba jiwa rock aku ni jadi sentimental hmmm...kalau diamati didengar bait-bait lagi ni memang menusuk jiwa hebat sekali penulis lirik lagu ni. kalau tak percaya cuba kita sama-sama hayati lagu ni mushabahah diri..ingatkan diri aku yang selalu lupa... YA ALLAH Ampunkanlah dosa hambamu ini...Amin...:)
Takbirr ALLAH UAKBAR



Sepohon Kayu (Saujana)

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami berkerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang

( ulang 1 )

Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunat pun ada bukan sebarang
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu

( ulang 1 )

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi






Tuesday, July 21, 2009

Salam

selamat petang..:)
hari ni rajin sikit dok cantikkan blog...:) he..he...




Thursday, July 16, 2009

Sayangilah Kedua IBu Bapa & Ibu Bapa Mertua kita juga

Assalamualaikum

Terima kasih pada Kak Eta di atas kiriman emailnya pagi tadi yang memberi kesedaran dan keinsafan pada aku macam aku kata kita manusia biasa yang sering terlupa tanggungjawab terlepas pandang tanggunjawab apa-apa percayalah Bonda Ayahda Kandung dan Mertua Anakda sayang kamu cheewahhh.... macam tajuk lagu lah pulak...:)

Untuk Renungan aku dan kita semua...:)

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )"........... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)


TAKBIRRRRRRRR

ALLAHUAKBAR





SAYANG MAK SAYANG ABAH I LOVE U SO MUCH

Wednesday, July 15, 2009

Mengingat diri sendiri he..he...

MENGINGATKAN DIRI SENDIRI (MANUSIA MUDAH LUPA)

Kita selalu alpa ek…
Kalau mengata orang memang sedap berbakul-bakul
Dia tu macam ni lah, macam tu lah bla…bla…. Pherggg memang best
Kalau di taip boleh jadi edisi cerpen macam-macam ada…
Macam goreng Meelah lagi banyak perencah lagi best hingga menjilat jari hark..hark….
Aku pun samalah manusia biasa…. Cheewah alasan standardlah tu…..
Mulut tu kalau mengata orang laju jer…..
Bila orang mengata kita pandai….. mulalah terasa pedihhh mencucuk jiwa raga
Samalah keadaannya kalau orang tu tahu kita mengata dia camtulah gak rasanya.

Tetapi tulah kekadang manusia ni macam-macam ragam
Kekadang tu mencabar juga kesabaran jiwa raga tu…
(hark..hark…sabar sangat ke aku ni…’semalam makan pengat sendiri mahu ingat’.

Thursday, July 09, 2009

Rajin lah pulak

Salam

Dah lama aku tak memblogkan diri hark..hark....hark.... dah makin tua nih macam tak berapa aktif dah nak menulis. Tapi entah camno hari ni dah mulo rajin lah pulak hark..harkk.....

kalau ikutkan kepala otak yang kreatif nihh (cheewah kreatif ke aku wakakaka...masuk lif tekan sendiri beb) rasanya macam-macam nak tulis sampai tak tahu nak tulis apa...:)

Apo-apo pun ni ese ado nak kongsi doa yang boleh kito baco bersamo-samo untuk kesejahteraan kita semua Takbirrr ALLAHUAKBAR

Terima kasih kepada Darul Shifa laman Web Ustaz Harun Din doa ni diambil .


Tuesday, May 12, 2009

RAHSIA MENJADI INSAN CEMERLANG

Rahsia menjadi insan cemerlang oleh Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah. Dipaparkan di sini isi kandungannya untuk kita kongsi bersama-sama.

Tatacara makan dan minum
• Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ insyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.
• Sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yang kita hendak ~ sepanjang tidur, otak akan berlegar pada kehendak kita itu dan insyaAllah, kita akan ada tenaga dan ada semangat ke arah kehendak itu diesok harinya.
• Makan buah-buahan sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam ~ ikut sunnah dan dapat pahala. Jika dirujuk kepada pakar pemakanan, jumlah vitamin yang diperolehi dari buah-buahan yang dimakan selepas waktu makan menghampiri 0%.
• Jangan minum air semasa sedang makan. Minum air selepas 15-30 minit selesai makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama, biarkan air dalam mulut selama lebih kurang 10 saat, baru telan. Bagi teguk kedua dan seterusnya boleh diminum terus. Air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut dan seterusnya. Ini akan dibawa oleh air tegukan pertama tadi.
• Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib ~ ikut sunnah, Rasullullah makan sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan sahaja iaitu masa maghrib. Bagi mereka yang sedang belajar atau kanak-kanak, otak akan berfungsi cemerlang menyerap ilmu kira-kira 2 jam selepas makan. Oleh itu jika makan pukul 8:30pm, dalam pukul 10:30pm baru mula belajar dan biasanya hanya boleh bertahan hingga jam 12 tengah malam saja. Jadi, tak banyak yang boleh dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30pm. Bangsa Cina biasa makan waktu ini. Malah kita tak tidur dalam kekenyangan di mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam.
Tatacara di bilik air
• Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh mengelakkan daripada mendapat batu karang.
• Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder dan senang buang air besar
Tatacara didik anak
• Antara tips untuk dapat anak bijak atau genius, ajar anak atau bayi tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung yang terletak sebelah kiri akan lebih "lapang" dan "lega" dan mudah berdegup, yakni perjalanan darah sempurna dan otak anak akan berkembang pesat.
Bagi anak-anak yang dah azalinya active atau hyper-active, kurangkan atau jangan pakaikan baju warna orange ~ sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak, dia akan lebih nakal, sentiasa bersemangat waja dan exuberant.
Tatacara didik diri sendiri
• Amalkan apa-apa yang baik dan juga amalan-amalan baru selama 21+ hari berturut-turut ~ Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan sekitar 21-30 hari terus menerus, akan menjadi tabiat. Kalau tak, ilmu itu akan mati.
• Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang negatif ~ emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline, cortisone dan toxine secara berlebihan. Ini boleh membawa kepada beberapa penyakit seperti cepat letih, wajah cepat nampak tua, selalu sakit perut dan sebagainya.
Ada 3 kategori manusia:-
1. BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
2. TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
3. CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

Monday, April 06, 2009

Anak bangsaku

Anak bangsaku

Anak bangsaku
Kenapa jadi begini
Lena dibuai mimpi duniawi

Anak bangsaku
Keseronokan ini sementara
Keindahan ini jua kepalsuan
usah kau kejar dunia ini
pandanglah akhirat setiap hari

Anak bangsaku
Kejayaan tanpa iman dan taqwa
Kemanisannya tiada terasa
Ketenangan pasti menjauh

Anak bangsaku
Carilah ilmu di dunia dan akhirat
Pasti akan terasa kenikmatannya
Menjadi khalifah di bumi Allah